Pages

Tuesday, June 1, 2010

Binatang Peliharaan Mengganas



Binatang peliharaan merupakan peneman hidup si pembela yang membelanya. Binatang peliharaan biasanya dibela bagi menghilangkan rasa bosan, sifat sayang pada binatang, teman untuk bermain, teman tapi mesra mahupun teman bagi meluahkan perasaan.

Terdapat begitu ramai rakyat tempatan sendiri yang suka memelihara binatang peliharaan dirumah mereka. Mereka sanggup menyediakan tempat tinggal khas binatang peliharaan masing². Binatang peliharaan yang dibela merangkumi pelbagai jenis, saiz dan keturunan. Mereka juga sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata kerana ingin mendapatkan lesen bagi memelihara binatang² tersebut.

Tetapi bagaimana pula sekiranya binatang yang dipelihara mengganas? !!

Sekiranya terdapat kejadian dimana kejadian binatang yang dipelihara mengganas, kita perlulah menghapuskan binatang tersebut. Adalah sangat bahaya sekiranya kita terus memberikan kasih sayang kepada mereka kerana ini akan menyebabkan mereka lebih dimanja dan keganasan mereka lebih berleluasa.

Berikut merupakan langkah2 bagi mengelakkan binatang peliharaan dari terus mengganas:

☻
Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

☻
Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

☻
Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

☻
Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

☻
Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.


WASABI

Apa itu wasabi? dan apakah perbezaan dan persamaan wasabi dengan wassap bro? Wasabi adalah bahan perasa asas yg terdapat di dalam hidangan Jepun yang biasanya dihidangkan bersama sushi atau mee. Ini kerana wasabi mengandungi bahan yang boleh membunuh mikrob atau parasit yang terdapat di dalam daging ikan yang mentah.

Tahukah anda bahawa daging mentah terutamanya ikan mengandungi parasit yang hanya akan mati bila dimasak. Memandangkan sushi adalah hidangan ikan mentah maka sama dengan sesiapa yang memakan ikan tersebut secara mentah² maka secara tidak langsung anda makan sekali parasit yang terkandung didalamnya maka dapat jugalah anda membela parasit didalam tubuh anda.

Parasit didalam otak akibat makan sushi.


Berlainan pula dengan wassap bro!. Wassap bro merupakan kata² sapaan kepada rakan taulan sekiranya berjumpa. Ianya biasa digunakan oleh anak muda zaman kini yang terikut-ikut ataupun culture shock ke arah budaya barat. Wassap bro! juga tiada kena mengena langsung dengan pemakanan seperti wasabi walaupun mereka tampak sama tapi tidak serupa. Wassap bro! hanyalah kata² yang lahir dari mulut dan peti suara manusia dan tidak sesuai digunakan di majlis² keramaian, masjid, hospital, tadika dan sebagainya.


Persamaan mereka pula adalah bersamaan dengan klip video ini.



Tuesday, May 4, 2010

The House of Mystery

Rumah paling pelik heran. The Oregon Vortex

Video
http://www.oregonvortex.com/video.htm




Brader sbelah kiri pendek

Sekarang sama tinggi
Gambar tanpa background belakang 1
Gambar tanpa background belakang 2

The Oregon Vortex merupakan sebuah kawasan yang pelik heran sehingga berita heran sendiri tak dapat merungkai masalah kepelikan dan keheranan ini. Manusia pendek boleh jadi tinggi, manusia tinggi jadi lagi tinggi, bola boleh menggelunsur ke atas dan macam² lagi. Subhan'Allah. Maklumat lanjut di http://www.oregonvortex.com/#.

Monday, May 3, 2010

Rahsia Jutawan Muda Malaysia




Kemunculan jutawan muda di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Kejayaan demi kejayaan ini dikatakan terjadi disebabkan pembangunan dan kemajuan yang pesat di negara Malaysia. Kejayaan jutawan muda seringkali dapat dilihat di kaca televisyen mahupun di muka² akhbar seperti metro, berita harian dan kali ini di berita heran pula.

Antara faktor² besar yang dapat dilihat menerusi kejayaan mereka adalah disebabkan dorongan dan sokongan yang diperolehi daripada orang terdekat. Jutawan Muda yang dikatakan bukanlah sekadar golongan 20an tetapi turut juga mewakili pelajar sekolah menengah sendiri.

Kebanyakan pelajar sekolah menengah yang berjaya ini dikatakan menggunakan waktu terluang mereka untuk mencari duit poket dan dari situ juga terbuka peluang keemasan untuk mereka terus berjaya. Ikuti wawancara bersama salah seorang jutawan pelajar sekolah menengah iaitu adik Tukiman bersama BH?.



WTS : Duit banyak² tu guna untuk apa?

Tukiman : Macam² gua buat bro. Gua beli kete BMW 8 series, Blackberry, Dunhill 14 dan macam² lagi la sampai gua pun x ingat tapi gua jenis tak lupe diri bro. Gua ingat orang tua gua. Gua hati mulia bro. Gua selalu hantar duit kat mak bapak gua kat kampung. Gua bukan macam orang kaya lain lupa diri bro. Dah kaya campak mak bapak pegi rumah orang tua. Ada masa nanti gua nak bawak orang tua gua pegi mekah bro.

WTS : Apakah rahsia disebalik kejayaan adik?

Tukiman : Semuanya bermula sewaktu gua kenal dengan abang John. Abang John lah yang banyak bagi inspirasi kat gua dan Abang John juga la yang telah mendidik dan bagi tips² serta langkah² yang berguna untuk gua melangkah lebih jauh walaupun gua berkaki pendek. Dia ajar gua macam mane nak buat bisnes lepastu cari orang bawah gua lepastu macam mana pulak nak bantu orang bawah gua cari lagi orang bawah lepastu bantu lagi cari yang bawah² sampai gua pun pening bro tapi bila orang bawah gua dah banyak gua boleh duduk relaks sambil tunggu duit masuk bro. Gua ngan Abang John memang kamcing bro. Kitorang ni dah macam belangkas. Kalau boleh nak ketandas pun bersama.

WTS : Best ke ade duit banyak ni?

Tukiman : Tak best langsung bro.

WTS : Kenape plak tak best?

Tukiman : Memang la tak best abistu dah masuk lokap ni warghhhh!. Gua menyesal bro. Gua dah taknak mengedar lagi walapu gua kaya. Lepasni gua janji dengan diri gua, gua nak balik kampung tolong orang tua gua tanam pisang bro. Gua taknak pisang berbuah 2 kali. Cukupla sekali ni bro.

(BEEP)

*WTS wa tanya soalan

Sunday, May 2, 2010

Liverpool 0 Chelsea 2


Penjaring Gol 1 – Didier Dragon

Penjaring Gol 2 – Saiful Lampard


Chelsea semakin gagah umpama pahlawan purba diwaktu malam. Kegagahan mereka semakin menjadi-jadi setelah mengerjakan Liverpool dengan jaringan dua ketul gol berbalas tanpa balas daripada kelab The Reds itu.


Kesalahan Steven Jerat akibat terjerat oleh perangkap yang diciptanya sendiri telah menjerat dirinya serta pasukannya tatkala cuba menghantar bola kepada Reina tetapi hantaran tersebut berjaya dirompak dengan rakusnya oleh Didier Dragon kerana dier memang pakar dalam bidang rompakan rakus dan sekaligus berjaya menghasilkan jaringan dari hasil rompakan rakusnya itu untuk menghasilkan jaringan pertama bagi Chelsea.


Saiful Lampard pula menjaringkan gol kedua hasil daripada titik peluhnya yang bersungguh-sungguh mengejar bola umpama menggapai bintang dilangit biru nan indah di malam hari.


Keputusan tersebut meletakkan Chelsea di landasan yang selesa tetapi sedikit kurang selesa sekiranya mereka tidak selesa kerana penting bagi sebuah pasukan untuk berasa selesa terutamanya pada hari selasa disamping menari salsa bersama-sama di sehati berdansa.


Chelsea juga dianggarkan akan menjuarai takhta liga perdana Omputih buat pertama kali sejak 3 tahun dahulu. Semangat kuda yang ditonjolkan pasukan Chelsea begitu membanggakan kerana mereka bermain dengan penuh kuasa kuda.


Dengan Manchester United yang masih mengejar di belakang dengan penuh semangat kuda,(sibuk je tiru Chelsea) Chelsea pula perlu meneruskan persembahan yang konsisten supaya dapat mengecapi kemenangan yang abadi.


“ Dia memang laju, kalaulah saya bersabar..tentu semua ini tak akan terjadi. Kepantasannya memintas bola memang diragui kerana saya mergaui bahawa adakah beliau mat rempit?” kata Steven Jerat dengan nada perli.

“ Saya tidak suka menggunakan jejantas ketika melintas jalan, sebab itulah saya pakar dalam memintas pihak lawan tetapi didakwa sebagai rempit pula. Xpelah saya sabar je.” Didier Dragon menjawab dengan pasrah.


Negeri Sembilan Naza juga dikatan berhasrat membeli Didier Dragon.

Fakta Menarik Tentang Kentut.



1. Darimana asalnya kentut? Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg Kita telan, gas yang break through ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut.


2. Apa komposisi kentut? Bervariasi. Makin banyak udara anda telan,makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terserapi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbondioksida. Bakteria juga menghasilkan gas metana & hidrogen. Proporsi masing-masing gas bergantung terhadap apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama Kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makan secara tergesa-gesa akan menyebabkan kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen

.

3. Kenapa kentut berbau busuk? Kentut berbau kerana kandungan hidrogen sulfida & mercaptan.Keduaanya mengandungi sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & mercaptan diproduksi oleh bakteria dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kekacang pula berperanan dalam menghasilkan kekuatan bunyi kentut, bukan dalam kebusukannya.


4. Kenapa kentut menghasilkan bunyi? Kerana adanya getaran lubang dubur sewaktu kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas & sempitnya lubang dubur.


5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara? Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly).


6. Berapa banyak kentut dihasilkan sehari? Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.


7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerakan peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar dubur lebih rendah. Gerakan peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan sehingga memaksa isi usus termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yg bertekanan lebih rendah iaitu sekitar dubur. Dalam perjalanan ke arah dubur, gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi gelembung besar. Kalau tiada gerakan peristaltic, gelembung gas akan ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.


8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? Bergantung daripada kondisi udara, seperti kelembapan, suhu, kecepatan & arah angin,berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Walaupun meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang.Kalau kentut tidak terdeteksi dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pencernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit seperti lift, dalam kotak konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding

.

9. Apakah setiap orang kentut? Sudah tentu sekiranya masih hidup. Diwaktu setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.


10. Betulkah laki-laki kentut lebih kerap daripada perempuan? Tidak Ada kaitannya dengan gender. Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya.


11. Waktu bilakah orang biasanya kentut? Pagi Hari di toilet. Yang disebut "morning thunder". Kalau intonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah dan seluruh kampung.


12. Mengapa makan kacang-kacangan menyebabkan banyak kentut? Kacang-kacangan mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh.Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus,bakteria di usus secara langsung berpesta & membuat banyak gas.Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (tidak baunya!).


13. Selain makanan, apakah penyebab kentut? Udara yang dihirup, makan dengan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara ( tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).


14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang? Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandungi udara lebih banyak, kentut mengandungi gas yang terhasil oleh bakteria yang lebih banyak.


15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan dan tidak dikeluarkan? Bukan diabsorbsi darah, bukan hilang kerana bocor. Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & akhirnya akan keluar juga. Kentut tidak lenyap,tapi hanya mengalami penundaan ataupun traffic jem dan apabila kentut yang ditahan dilepaskan boleh menyebabkan orang persekitaran pengsan.


16. Adakah kentut terbakar? Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible( gas alam juga mengandungi komponen ini ). Kalau terbakar,nyalaaanya berwarna biru kerana mengandungi unsur hidrogen.


17. Adakah kentut berupaya untuk menyalakan api ? Jangan mengada-ada. Konsistensinya lain. Suhunya juga tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran tetapi baunya cukup untuk memulakan pergaduhan.


18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk? Kerana anjing & kucing adalah haiwan karnivor (pemakan daging).Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur,jadi bau kentut binatang ni lebih busuk. Lain dengan binatang herbivor seperti kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras dan mantap bunyinya tetapi tidak berbau.


19. Kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut? Kentut mengandungi sedikit oksigen, mungkin saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.


20. Apakah warna kentut? Tidak berwarna. Kalau kentut berwarna memang senang nak trace siapa empunya bau.


21. Kentut itu apakah masam, basah atau neutral? masam, sebab mengandungi karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).


22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus? Planet Venus banyak mengandungi banyak sulfur (belerang)di lapisan udaranya, jadi kentut di sana pun tidak ada pengaruhnya jadi membazir kalo kita kentut di sana. Tak perlu menyusahkan diri, kentut aja sepuasnya di Bumi, kerana masih belum berbayar dan masih bebas. Xtahulah kalau 1 day kentut pun kerajaan nak adakan cukai~

Saturday, May 1, 2010

Bayi mati akibat sakit tua.

Negara kita : Kejadian bayi mati akibat tua semakin menjadi-jadi di negara kita. Jumlah kematian meningkat setiap hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun mahupun demi moore. Bayi² yang mati akibat tua ini sebenarnya bukanlah mati akibat penyakit tua yang dihidapi seperti lemah jantung, lemah tenaga batin mahupun lemah matematik tetapi ianya disebabkan kesakitan mental kedua orang tuanya yang pandai bercucuk tanam sesama sendiri tetapi tidak pandai pula mahu menjaganya dan inilah yang mengakibatkan pembuangan bayi merata-rata dan sekaligus menyebabkan kematian bayi² tersebut.

Ikuti temubual ekslusif daripada salah seorang bayi pintar, Rosman yang berjaya diselamatkan daripada penyakit tua tersebut.

Rosman sudah mula membaca sejak berumur 8 minit.

BH: Apakah perasaan adik Rosman setelah terselamat daripada penyakit tua yang dihidapi semasa adik dibuang begitu sahaja suatu ketika dahulu?

Rosman: Saya berasa sungguh bertuah kerana berjaya meneruskan kehidupan setelah berjaya melepaskan diri daripada penyakit tua yang dihidapi sewaktu saya kecil dulu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakcik Gopal yang telah terjumpa saya sewaktu beliau sedang asyik bermain sorok² bersama teman²nya di sebuah taman permainan di Hulu Langat. Saya masih ingat lagi sewaktu saya menangis keseorangan akibat daripada penyakit tua yang dihidapi kerana kelaparan susu cap gantung dan tangisan itulah yang menemukan bibit² pertemuan diantara saya dan pakcik Gopal. Walaupun pakcik Gopal seorang yang agak mental kerana walapun sudah berumur 40an dan masih bermain bersama kanak² 10an namun hatinya amat mulia kerana telah menghantar saya ke warung Wak Senah atas dasar kasihan dan sikap prihatin terhadap diri saya. I love you so much uncle Gopal.

BH: Apakah yang adik Rosman akan lakukan sekiranya berjaya menjumpai kedua orang tua kandung adik?

Rosman: Sekiranya saya dapat berjumpa dengan mereka, saya akan memberikan sepatah dua nasihat yang makan dalam. Saya juga ingin mereka mencontohi pakcik Gopal yang berhati mulia walaupun berfikiran separuh. Ohya mengenai perkara ini, walaupun pada waktu kecil dulu saya tidak pernah merasai susu ibu namun tidak sekali kali saya akan meminta daripadanya walapun hati ini sangat mahukannya.

BH: Apakah nasihat adik terhadap orang tua yang lain di luar sana?

Rosman: Saya nak nasihatkan mereka agar janganlah membuang anak² mereka bergelimpangan di jalan raya, kawasan sampah sarap mahupun dimana-mana kawasan terbiar. Kalau nak buang tu buang lah di balai polis supaya dengan serta merta mereka dapat ditangkap dan kes pembuangan ini akan selesai serta merta juga.-Agensi Heran.