Pages

Tuesday, June 1, 2010

WASABI

Apa itu wasabi? dan apakah perbezaan dan persamaan wasabi dengan wassap bro? Wasabi adalah bahan perasa asas yg terdapat di dalam hidangan Jepun yang biasanya dihidangkan bersama sushi atau mee. Ini kerana wasabi mengandungi bahan yang boleh membunuh mikrob atau parasit yang terdapat di dalam daging ikan yang mentah.

Tahukah anda bahawa daging mentah terutamanya ikan mengandungi parasit yang hanya akan mati bila dimasak. Memandangkan sushi adalah hidangan ikan mentah maka sama dengan sesiapa yang memakan ikan tersebut secara mentah² maka secara tidak langsung anda makan sekali parasit yang terkandung didalamnya maka dapat jugalah anda membela parasit didalam tubuh anda.

Parasit didalam otak akibat makan sushi.


Berlainan pula dengan wassap bro!. Wassap bro merupakan kata² sapaan kepada rakan taulan sekiranya berjumpa. Ianya biasa digunakan oleh anak muda zaman kini yang terikut-ikut ataupun culture shock ke arah budaya barat. Wassap bro! juga tiada kena mengena langsung dengan pemakanan seperti wasabi walaupun mereka tampak sama tapi tidak serupa. Wassap bro! hanyalah kata² yang lahir dari mulut dan peti suara manusia dan tidak sesuai digunakan di majlis² keramaian, masjid, hospital, tadika dan sebagainya.


Persamaan mereka pula adalah bersamaan dengan klip video ini.



1 comment: