Pages

Monday, October 25, 2010

Kesihatan

Bahaya makan burger terlalu besar


PARA doktor gigi di Taiwan telah menggesa rangkaian restoran makanan siap segera agar berhenti menyediakan burger-burger yang terlalu besar.

Ini berikutan bertambahnya kes mereka yang mengalami kecederaan di dagu yang dikaitkan dengan perihal memakan burger yang terlalu besar di negara itu.

Profesor Hsu Ming-lung dari Sekolah Pergigian Universiti Nasional Yang-Ming di Taiwan, menarik perhatian, beliau telah melihat ramai pesakit yang mengalami kecederaan dagu dan kesukaran membuka mulut selepas memakan burger yang besar.

'Masalah boleh timbul jika mereka makan burger yang lebih besar daripada lapan sentimeter,' katanya.

Mulut manusia dicipta untuk terbuka dan makan makanan yang paling besar sehingga empat sentimeter.

Jika ia terbuka lebih besar daripada itu, sendi mulut antara tulang dagu dan tulang temporal (tulang di tepi dan pangkal tengkorak) di hadapan telinga, boleh tercedera, kata Profesor Hsu.

Membuka mulut besar sewaktu makan juga boleh menyebabkan masalah sampingan seperti memudahkan kemasukan gajah lalat mahupun langau ke dalam rongga mulut yang boleh menyebabkan penyakit sakit hati terhadap lalat, sampuk Profesor Lalat .

No comments:

Post a Comment