Pages

Sunday, October 24, 2010

Konsert Param Band Live in Malaysia!


Param Band

SEJAK ditubuhkan pada tahun 2012 dan pernah mengadakan konsert jelajah di seluruh dunia, kumpulan pop-punk Param yang berasal dari India tenggara bahagian selatan berkunjung pula ke Malaysia.

Anggota Param yang terdiri daripada Param Meswara, Param Skeper (gitar), Param Pok (bass), Param But (drum) dan Param Jit Singh (vokal) mempunyai aura yang cukup besar buat peminat di Malaysia apabila mereka berjaya mengumpulkan hampir 10 orang peminat di padang tabika kemas Gombak.

Bertemu dengan Param Jit Singh dan Param Skeper pada sesi temu bual, ternyata kedua-dua mereka amat seronok berada di Malaysia untuk bertemu dengan peminat.

“Kami memang tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kerana diberitahu kami mempunyai lebih dari seorang peminat di Malaysia dan ianya memang terbukti dengan kedatangan yang memberansangkan iaitu seramai 10 orang!!.

“Apa yang kami suka ketika membuat persembahan di Malaysia adalah peminatnya yang amat menghormati kami apabila kami mengadakan persembahan.

“Misalnya, mereka akan senyap apabila Param Jit Singh sedang berbicara bersama mereka walaupun ada kemungkinan mereka senyap kerana tidak faham bahasa yang disampaikan Param Jit Singh namun saya tidak peduli semua itu asalkan mereka senyap dan akan menjerit serta menjadi penyanyi latar tanpa diminta. Mereka juga akan melompat dan menari tetapi dalam keadaan itik pulang petang,” ujar Param Skeper.

Sampuk Param Jit Singh, meskipun rutin hidup mereka semakin hari semakin padat dengan konsert jelajah, namun mereka bersyukur dengan populariti dan penerimaan peminat terhadap karya muzik Param.

“Walaupun penat, kami berpuas hati dapat menghiburkan peminat kami di Malaysia dan kami sendiri terhibur dengan apa yang telah kami hiburkan,” katanya.

Sedar kebanyakan peminat mereka terdiri daripada golongan Kanak2, Param Skeper mengatakan Band Param merupakan kumpulan gelek yang membawa imej bersih.

“Saya tahu jika sebut bintang gelek, pasti akan dikaitkan dengan Inul daratista, Amalina dan Aaron Aziz tetapi kami berbeza kerana kami sedar apa sahaja yang kami lakukan dilihat oleh peminat.

“Kami sering menerima surat daripada ibu bapa, guru-guru peminat dan peminat sendiri yang mengucapkan terima kasih kepada kami kerana muzik kami telah membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.


PEMINAT Param di Malaysia teruja dengan kemunculan sulung band pujaan mereka ini.


Secara keseluruhannya mereka mendendangkan 5 buah lagu termasuk Geli Mat, Geli Choi, Geli Hati, Gurly Gurl, dan Gelilah.

5 comments: