Pages

Tuesday, June 14, 2011

Monyet miang!



Utara - Polis telah mengesahkan monyet bernama Tony yang berkeliaran di barat laut utara Ohioyahoi telah menggaruk dua gadis muda sebelum berjaya ditangkap oleh pemiliknya, Chopper.

Polis yang bertugas mengatakan bahawa monyet noob itu berusia dalam lingkungan 6-tahun dan sebesar seekor kucing warga emas. Polis mendapat panggilan daripada mangsa garuk2 monyet tersebut kira2 pukul 2 pagi waktu petang khamis. Monyet tersebut telah dihadapkan ke muka pengadilan bersama tuan monyet sekali.

" Saya mahu mereka berdua dijatuhkan hukuman yang setimpal atas apa yang monyet tersebut lakukan terhadap kami! " kata Linlun, mangsa garuk monyet tersebut sambil menumbuk numbuk betis gebunya tanda protes.

" Walaupun seronok rasanya digaruk namun saya tetap ingin menyalahkan monyet tersebut dan ingin mengemukakan saman Rm2 juta kerana bagi saya duit lebih penting dari keseronakan digaruk " kata Linlon jujur dan bersahaja serta terpancar sinaran wajah mata duitan di mukanya iaitu mangsa kedua kerakusan monyet tersebut.

Kes tersebut yang diklifikasikikukanmu sebagai jenayah manja dibawah akta monyet berbahaya yang boleh membawa hukuman tidak boleh membela haiwan selama seminggu dan telah mengambil masa selama 3 tahun sebelum kes selesai dan ditutup setelah pihak hakim berpuas hati dengan keterangan monyet tersebut. Kedua gadis itu disalahkan 110% kerana berpakaian terlalu menjolok mata, hati dan paru2 serta boleh menyebabkan pendarahan hidung kepada sesiapa sahaja yang melihat mereka mahupun seekor monyet.

" Saya berasa lega kerana berjaya memenangi kes ini. Tak sanggup saya hadapi tekanan tidak dapat membela haiwan selama seminggu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu." kata Chopper sambil melompat keriangan bersama monyetnya. -Agensi

1 comment:

  1. blog yg cntik...entry pun bgus2...:)..suke blog ni..salam perkenalan ye..:)

    " korang nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

    berminat ?? klik link di bawah ni..:)

    [ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
    [ Politik ] Nak Topup Pun Kena Cukai 6 % Kew ?

    ReplyDelete