Pages

Monday, May 3, 2010

Rahsia Jutawan Muda Malaysia




Kemunculan jutawan muda di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Kejayaan demi kejayaan ini dikatakan terjadi disebabkan pembangunan dan kemajuan yang pesat di negara Malaysia. Kejayaan jutawan muda seringkali dapat dilihat di kaca televisyen mahupun di muka² akhbar seperti metro, berita harian dan kali ini di berita heran pula.

Antara faktor² besar yang dapat dilihat menerusi kejayaan mereka adalah disebabkan dorongan dan sokongan yang diperolehi daripada orang terdekat. Jutawan Muda yang dikatakan bukanlah sekadar golongan 20an tetapi turut juga mewakili pelajar sekolah menengah sendiri.

Kebanyakan pelajar sekolah menengah yang berjaya ini dikatakan menggunakan waktu terluang mereka untuk mencari duit poket dan dari situ juga terbuka peluang keemasan untuk mereka terus berjaya. Ikuti wawancara bersama salah seorang jutawan pelajar sekolah menengah iaitu adik Tukiman bersama BH?.



WTS : Duit banyak² tu guna untuk apa?

Tukiman : Macam² gua buat bro. Gua beli kete BMW 8 series, Blackberry, Dunhill 14 dan macam² lagi la sampai gua pun x ingat tapi gua jenis tak lupe diri bro. Gua ingat orang tua gua. Gua hati mulia bro. Gua selalu hantar duit kat mak bapak gua kat kampung. Gua bukan macam orang kaya lain lupa diri bro. Dah kaya campak mak bapak pegi rumah orang tua. Ada masa nanti gua nak bawak orang tua gua pegi mekah bro.

WTS : Apakah rahsia disebalik kejayaan adik?

Tukiman : Semuanya bermula sewaktu gua kenal dengan abang John. Abang John lah yang banyak bagi inspirasi kat gua dan Abang John juga la yang telah mendidik dan bagi tips² serta langkah² yang berguna untuk gua melangkah lebih jauh walaupun gua berkaki pendek. Dia ajar gua macam mane nak buat bisnes lepastu cari orang bawah gua lepastu macam mana pulak nak bantu orang bawah gua cari lagi orang bawah lepastu bantu lagi cari yang bawah² sampai gua pun pening bro tapi bila orang bawah gua dah banyak gua boleh duduk relaks sambil tunggu duit masuk bro. Gua ngan Abang John memang kamcing bro. Kitorang ni dah macam belangkas. Kalau boleh nak ketandas pun bersama.

WTS : Best ke ade duit banyak ni?

Tukiman : Tak best langsung bro.

WTS : Kenape plak tak best?

Tukiman : Memang la tak best abistu dah masuk lokap ni warghhhh!. Gua menyesal bro. Gua dah taknak mengedar lagi walapu gua kaya. Lepasni gua janji dengan diri gua, gua nak balik kampung tolong orang tua gua tanam pisang bro. Gua taknak pisang berbuah 2 kali. Cukupla sekali ni bro.

(BEEP)

*WTS wa tanya soalan

1 comment:

  1. hahahahha...bagus la lawak ni.Dalam masa yg sama ada pengajaran lagi.Carilah duit yg halal.kan?

    ReplyDelete