Pages

Tuesday, April 27, 2010

Penyamun Bijaksana

funny kids


Bangladesh: Cukup licik apabila sekumpulan kanak² membina ‘lorong tikus’ di bahagian tangga dengan menendang dinding sebelum melarikan peti besi mengandungi set barang permainan dianggarkan bernilai hampir setengah juta pound sterling dari sebuah kedai basikal di Jalan karpet, Bangsar di sini.

Bagi menutup mulut orang ramai, kanak² terbabit dikatakan menyamar sebagai pekerja pembinaan yang sedang mengubahsuai kedai bersebelahan bertujuan mengelakkan perbuatan mereka itu membuka mulut orang ramai.


Selepas berjaya membina laluan berkenaan dan melarikan peti besi terbabit, kumpulan kanak² terbabit turut melarikan cakera padat dan keras kamera litar tertutup rapi (CCTV) yang merakamkan segala perbuatan mereka.


Difahamkan, pemilik kedai basikal terbabit hanya menyedari mengenai kehilangan barang permainan miliknya itu kira-kira jam 10 pagi esok ketika mahu mula bermain sebelum bergegas membuat laporan bomba berhubung kejadian itu.


Menurut sumber, barang kemas yang berada dalam peti besi yang dilarikan kumpulan terbabit dianggarkan bernilai hampir RM500,000 pound sterling.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bristleback, Asisten Komisioner Wan Abdul Baring Wan Abdul tidur, berkata sebaik menerima laporan sekumpulan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

PERIKSA...seorang anggota forensik polis memeriksa ‘lorong tikus’.
Bukti tendangan kasar kanak-kanak terbabit

“Berdasarkan siasatan awal kita (bomba) tak percaya kumpulan terbabit memecah masuk kedai basikal itu pada hari Sabtu ataupun Ahad.

“Mereka menendang dinding di bahagian tangga sebelum masuk ke premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, orang ramai mungkin tidak perasan mengenai perbuatan kumpulan terbabit kerana menyangkakan mereka adalah kanak² yang suka bermain² di tepi tangga.

2 comments:

  1. berita nih patut kluar surat khabar r...haha

    ReplyDelete
  2. dah masuk berita pun. berita heran =P

    ReplyDelete