Pages

Sunday, April 25, 2010

CHELSEA mengamuk!



Amukan CHELSEA.

Penjaring gol: Kalou Jamlus (23, 31, 68)
Penjaring gol: Saiful Lampard (44 pena., 81)
Penjaring gol: Badrul Sturridge (87)
Penjaring gol: Malouda Murad (89)
Bilangan Penon hadir : 41,013 ketul (17:57)


Setelah seketika je skuad satan merah (MU) menduduki tangga teratas liga, CHELSEA seolah-olah memberi amaran awal setelah membuli-buli kelab Stock City a.k.a stok kena buli (bukan stok geli²) dengan jaringan sebanyak 7 ketul gol berbalas tiada gol.

Pengurus pasukan CHELSEA Carlo Ancelotti Tajuddin berjaya menyahut cabaran dari skuad MU yang mengalahkan TOTTENHAM 3-1 dengan kemenangan besar punya.

Jaringan hatrick stylo daripada Kalou Jamlus ditambah dengan jaringan agak boleh tahan stylo 2 gol dari Saiful Lampard dan masing² seketul jaringan daripada Malouda Murad&Badrul Starrige di lewat permainan cukup memberikan kepuasan luar batasan kepada mereka walapun terpaksa dirotan dipunggung kerana pulang kerumah lewat malam.

Kemenangan Chelsea kembali ke puncak liga menaikkan lagi nafsu mereka untuk terus memburu kemenangan dengan baki perlawanan diantara Liverpool dan Wigan.

Walaupun skuad The Blues sering dikritik oleh kerana persembahan yang lari intonasi, pitching mahupun mimik muka namun mereka berjaya membuktikan kejantanan mereka dengan melakukan kejutan sambil terkejut dengan kemenangan mereka.

" Kami pasti kami akan berjaya menjuarai liga perdana, kancil, satria dan exora setelah sekian lamanya kami hanya mencipta kekalahan. Dengan semangat kuda pasukan ditambah dengan sokongan dari rakan², guru, ibu-bapa, hakim serta para pidato sekalian, kami bertambah yakin bahawa kami boleh pergi jauh, " kata Kalou Jamlus dengan nada sedikit bongkak.

" No komen, " kata Saiful Lampard.

No comments:

Post a Comment