Pages

Friday, April 23, 2010

Mari Menderma Darah

Kampung Sonto-Aktiviti menderma darah :
  1. Menerima penderma-penderma yang datang dari pelbagai bangsa, warna, fizikal, logikal, loji kumbahan dan indah water.
  2. Melibatkan diri dalam aktiviti marilah menderma bagi mencari penyakit.
Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan di bahagian pendermaan adalah seperti berikut:
  1. Masuk ke dalam kawasan takungan air kotor dengan membawa beberapa perlatatan yang diperlukan seperti tilam, mp3, mp4, mpjbt dan sebagainya.
  2. Memakai pakaian seseksi yang mungkin seperti berboxer, berbikini dan berbasikal.
  3. Cari ruang yang selamat dari binatang liar seperti anai² ,tupai mahupun patrick star yang boleh membawa kejadian yang tidak diinginkan.
  4. Menghampal tilam setelah menjumpai kawasan yang sesuai supaya proses pendermaan dapat dilakukan dengan jayanya disamping mendengar dendangan mp3 bagi menghilangkan suasana sunyi serta mengubat luka dihati.
  5. Bersedia menghadapi doktor² pakar darah yang terbang bergelimpangan di udara dengan alunan bunyi enjin yang cukup menyakitkan gegendang telinga di bahagian serebelum mahupun medula oblongata.
  6. Doktor pakar yang datang dari seluruh pelosok semak samun, sistem perparitan, sistem kumbahan mahupun sistem multi level marketing dikatakan amat bagus dalam menambah penyakit para penderma darah tersebut.

Kempen derma darah.


Kawasan takungan yang kotor haruslah dikotorkan lagi supaya dapat mencapai matlamat para doktor² darah yang terbang diudara bagi membolehkan mereka terus menghasilkan baka² yang akan terus menerus memperjuangkan perjuangan mereka bagi memberikan penyakit kepada para penderma yang suka menderma darah sambil berpenyakit.- tidak Bernama.

No comments:

Post a Comment