Pages

Sunday, April 18, 2010

Perniagaan



1. Merancang Perniagaan

Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda mengelak menepis atau menambah masalah² yang berkemungkinan timbul bila anda mula menjalankan perniagaan. Masalah yang ditambah membolehkan anda menghadapi lebih masalah dimasa hadapan yang boleh menjadikan anda papa kedana mahupun papachop mamagrill. Perancangan anda harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi formasi yang berkeyakinan seperti menggunakan formasi 4-4-2 mahupun 4-4-8. Formasi ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda sama ada anda mahu menyerang ataupun bertahan di medan perniagaan yang diceburi.Anda akan melihat sepintas lalu bagaimana keadaan iklim ekonomi di Malaysia sama ada dari segi tiga mahupun segi empat tepat dimana anda dapat mengenalpasti masalah atau kekangan yang bakal dihadapi kelak.

1.1 Perniagaan di Malaysia

Perniagaan mungkin merupakan salah satu sumber rezeki yang paling mendatangkan kepuasan umpama menghisap rokok dunhill selepas makan (bagi yang merokok) dan juga seperti kepuasan seseorang yang sedang menahan objek² didalam perutnya sehingga ianya berjaya dikeluarkan apabila sampai di destinasi yang tepat dengan kelegaan yang nyata. Apatah tangan di sebuah negara seperti Malaysia yang rata² rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang baik dengan melakukan pelbagai perniagaan seperti menjual pedal ayam (boleh dipelajari cara membuatnya seperti yang dipaparkan di mukasurat sebelumnya).Dengan ekonomi yang berkembang pesat, pedal ayam menawarkan pulangan yang membanggakan kepada mereka yang gigih serta gagah mengusahakannya. Kepada yang gagal, kemungkinan besar cara pembuatan pedal ayam tersebut tidak merangkumi seperti apa yang diajarkan oleh chief one.

1.1.8 Sebelum Memulakan Perniagaan

Anda digalakkan menyertai kursus berniaga secara kecil²lan dahulu seperti menjual coky² kepada adik anda sendiri. Anda harus mempelajari teknik berniaga dengan membeli barangan murah seperti coky² yang berharga RM0.20 sebatang dan menjualnya dengan USD0.20. Target sasaran anda perlulah dari orang yang terdekat seperti yang dinyatakan diatas iaitu cuba dengan menjual dengan adik sendiri mahupun nenek, atuk, abah, mak ucu dan sebagainya. Sekiranya anda berjaya menjualnya dengan banyak maka berjayalah anda. Selamat mencuba.

Hendak seribu ringgit,x hendak seringgit. Renung²kan dan selamat malam.

2 comments: