Pages

Thursday, April 15, 2010

Keenakan Pedal Ayam

Berita Heran membawa anda mengenali pedal ayam yang semakin popular di kalangan warga tempatan. Ikuti langkah² membuat pedal ayam bersama chief one yang terkenal dengan masakan pedalnya.


Antara bahan-bahan yang tidak diperlukan:


Pedal ayam }dipotong manja
3 biji bawang merah}diganyah
2 ulas bawang putih}disini

1 biji bawang besar }disana
2 biji baja } dikilang
Sedikit sebanyak halia
2 garfu cili hitam
1 sudu cili pink
Sedikit serbuk belerang serta sedikit sebanyak budi bicara
Air sekucup cinta
Minyak rambut gatsby (warna merah). boleh didapati di pasaraya watson yang berdekatan.
Garam dan gula yang berisi sedikit semut.

Cara² penyelewengan:
Pedal ayam tadi digaulkan dengan pergaulan bebas antara remaja masa kini. Kemudian gorengkan sehingga hangit dan buangkan pedal yang hangit itu serta goreng pedal yang baru sehingga garing. Tumitkan bahan yang dikisar sehingga wangi . Masukkan minyak rambut gatsby di kepala anda supaya rambut anda tampak lebih style dan bergaya dan kacau hingga garing seterusnya biarkan ianya sekucup cinta. Masukkan 2 batang garfu,sudu,pisau besar dan sedikit belerang. Masukkan juga gula yang berisi semut tetapi pastikan semut itu dibuang dahulu. Kacau jiran anda sehingga mengamuk dan sedia untuk dihidang bersama keluarga, mentua, besan mahupun warga emas. Setiap hidangan memerlukan kain kapan bagi setiap orang yang menjamunya bagi memudahkan urusan akhirat sekiranya berlaku kejadian yang tidak disangka. AP-




No comments:

Post a Comment