Pages

Monday, April 12, 2010

Kelly Clarkson di Malaysia

Parit Buntar - Kelly Clarkson, nama yang tidak asing lagi di mata dunia seperti yang dapat dilihat dimatanya yang menggoda yang sudah pasti menggoda mata² peminatnya di seluruh dunia selepas disaksikan sendiri oleh mata mereka melalui persembahan vokalnya yang mantap derrr di kaca televisyen.

Kelly Clarkson atau lebih mesra dipanggil Kelong Kapal akan mengadakan persembahan khas buat peminatnya di Malaysia.

Ikuti temubual ekslusif dari Berita Heran:-

S : Apakah pandangan cik Kelly tentang Malaysia ini?

K : Pada pandangan saya, saya suka pandang jauh kehadapan. Saya berasa gembira kerana diberi peluang untuk mengadakan persembahan julung kalinya di Malaysia ini. Bagi saya, Malaysia ni sebuah negara yang bagus dalam pelbagai aspek seperti permotoran dan pendoktoran. Saya melihat ramai anak² muda di Malaysia yang menunggang motor dengan cara yang sangat menarik sehingga membuatkan saya berasa kecut perut seketika. Saya juga dapat melihat doktor² di tepi² lorong dan dibawah jambatan pada kadar yang ramai.

S : Cik Kelly ni macam perli je huh debik kang. Ok soalan seterusnya dan juga soalan terakhir. Apakah makanan kegemaran cik Kelly di Malaysia ini?

K : Kite gurau je tadi huhu. Ok pasal pemakanan di sini, saya suka makan di warung² mamak sambil mengorder segelas teh tarik dan juga roti canai. Saya suka menghabiskan masa di warung sambil berborak-borak kosong bersama rakan² saya. Kami suka bercerita sesuatu yang tiada faedah di samping membuang masa lapang mahupun masa kerja walaupun masa itu emas.

S : Ok thanks cik Kelly.

K : Ok welcome back cik S.

1 comment: