Pages

Monday, April 12, 2010

Man U < Girl U

Diminta Berbatuk dikekang hebat

LONDON – Perjuangan Man U boleh digelar sebagai Girl U gara² seri dalam perlawanan dalam menentang Blackburn Rovers awal pagi semalam.

Skuad Red Devils a.k.a Satan Merah itu sepatutnya boleh memintas skuad The Blues tetapi apakan daya mereka hanya berjaya menambah 1 mata kerana sekadar seri tanpa jaringan.

Kejadian ini mungkin terjadi tanpa kelibat penyerang berbisa mereka walaupun tiada bisa pada zahirnya iaitu Wayne Rosli yang cedera ligamen bulu kaki yang masih dalam keadaan teruk.

Dengan keputusan yang sedih itu, United kekal di tangga kedua dan ketinggalan satu mata di belakang penghulu liga Chelsea.

Kemungkinan besar mata² tersebut akan ditinggalkan lagi sekiranya chelsea menang menentang bolton rabu ni (kalau x silap).

Selepas dikalahkan FC Bayern pada saingan liga juara-juara eropah, sekali lagi detik² air mata membasahi pipi dialami MU.

Banyak peluang sepakan menuju kejayaan dapat dilakukan sekiranya penyerang berbisa dan kadang² kurang berbisa MU, Diminta Berbatuk dan Valencia memperoleh kemenangan jitu sekiranya peluang yang diperolehi tidak disia² kan begitu sahaja.

" Saya umpama digam tikuskan oleh pihak lawan kerana saya tiada peluang langsung untuk bergerak. Mereka umpama kucing² yang kelaparan kerana tidak memberi peluang langsung kepada saya untuk menyumbatkan beberapa gol. Saya sedih kerana tiada sikap tolak ansur daripada pihak musuh untuk saya melakukan jaringan. Xpe² tengoklah suatu hari nanti. " luah Diminta Berbatuk dengan beberapa titisan air mata yang berjaya ditepiskan untuk menunjukkan yang beliau tetap macho.

No comments:

Post a Comment