Pages

Friday, April 9, 2010

MAN U tertewas


MANCHESTER, England - Arjen Robot yang menampilkan perwatakan yang penuh dengan kepuasan didada sambil mendada meskipun berdada rata seperti yang dapat dilihat dalam gambarajah diatas.

Meskipun tewas tipis 2-3 di Tua Trafford, Bayern Munchy berjaya melayakkan diri berdasarkan peraturan gol serta peraturan jpj di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 4-4.

Pada pertemuan pandang pertama di Stadium Allianz Arena minggu lalu, Bayern menang 2-1 ke atas kelab gergasi England itu.

Arjen Robot menyepak masuk sepakan korner dari Franck Ribery dari luar kotak minuman pada minit ke-74 untuk membolehkan kelab Jerman itu mara/ptptn ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2002.

Ini adalah kali pertama yang kedua tiada kelab England beraksi pada peringkat separuh akhir sejak 2003.

United yang menurunkan Wayne Rosli meskipun baru seminggu mengalami kecederaan ligamen bulu kaki, mendahului 2-0 seawal minit ketujuh hasil jaringan Darron Gibson dan o?Nani.

o?Nani menambah gol ketiga United pada minit ke-41 sebelum Ivica Olic berjaya merapatkan jurang untuk Bayern dua minit kemudian serta merapatkan silaturrahim diantara mereka 5 saat kemudian.

" Sebenarnye sebelum main tu saya dah minum tongkat ali power root. Nenek saya bagi sebelum perlawanan bermula. Jadi disini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada nenek saya yang tinggal di gombak ," kata Arjen Robot dengan nada manja.

" Saya berasa sedih kerana tidak diberikan tongkat ali daripada nenek saya yang tinggal di ulu kelang. Saya kecewa dengan sikapnya yang acuh x acuh itu dan inilah yang menyebabkan kekalahan kepada kami. Saya harap nenek saya dapat menyediakan tongkat ali kepada saya di masa hadapan ," jelas Wayne Rosli dengan penuh rasa kecewa terhadap neneknya.

Begitupun United terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Rafael dah Silva dilayangkan kad merah pada minit ke-50 kerana bermain layang2 berwarna merah bersama Ribery.


No comments:

Post a Comment