Pages

Saturday, May 1, 2010

Bayi mati akibat sakit tua.

Negara kita : Kejadian bayi mati akibat tua semakin menjadi-jadi di negara kita. Jumlah kematian meningkat setiap hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun mahupun demi moore. Bayi² yang mati akibat tua ini sebenarnya bukanlah mati akibat penyakit tua yang dihidapi seperti lemah jantung, lemah tenaga batin mahupun lemah matematik tetapi ianya disebabkan kesakitan mental kedua orang tuanya yang pandai bercucuk tanam sesama sendiri tetapi tidak pandai pula mahu menjaganya dan inilah yang mengakibatkan pembuangan bayi merata-rata dan sekaligus menyebabkan kematian bayi² tersebut.

Ikuti temubual ekslusif daripada salah seorang bayi pintar, Rosman yang berjaya diselamatkan daripada penyakit tua tersebut.

Rosman sudah mula membaca sejak berumur 8 minit.

BH: Apakah perasaan adik Rosman setelah terselamat daripada penyakit tua yang dihidapi semasa adik dibuang begitu sahaja suatu ketika dahulu?

Rosman: Saya berasa sungguh bertuah kerana berjaya meneruskan kehidupan setelah berjaya melepaskan diri daripada penyakit tua yang dihidapi sewaktu saya kecil dulu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakcik Gopal yang telah terjumpa saya sewaktu beliau sedang asyik bermain sorok² bersama teman²nya di sebuah taman permainan di Hulu Langat. Saya masih ingat lagi sewaktu saya menangis keseorangan akibat daripada penyakit tua yang dihidapi kerana kelaparan susu cap gantung dan tangisan itulah yang menemukan bibit² pertemuan diantara saya dan pakcik Gopal. Walaupun pakcik Gopal seorang yang agak mental kerana walapun sudah berumur 40an dan masih bermain bersama kanak² 10an namun hatinya amat mulia kerana telah menghantar saya ke warung Wak Senah atas dasar kasihan dan sikap prihatin terhadap diri saya. I love you so much uncle Gopal.

BH: Apakah yang adik Rosman akan lakukan sekiranya berjaya menjumpai kedua orang tua kandung adik?

Rosman: Sekiranya saya dapat berjumpa dengan mereka, saya akan memberikan sepatah dua nasihat yang makan dalam. Saya juga ingin mereka mencontohi pakcik Gopal yang berhati mulia walaupun berfikiran separuh. Ohya mengenai perkara ini, walaupun pada waktu kecil dulu saya tidak pernah merasai susu ibu namun tidak sekali kali saya akan meminta daripadanya walapun hati ini sangat mahukannya.

BH: Apakah nasihat adik terhadap orang tua yang lain di luar sana?

Rosman: Saya nak nasihatkan mereka agar janganlah membuang anak² mereka bergelimpangan di jalan raya, kawasan sampah sarap mahupun dimana-mana kawasan terbiar. Kalau nak buang tu buang lah di balai polis supaya dengan serta merta mereka dapat ditangkap dan kes pembuangan ini akan selesai serta merta juga.-Agensi Heran.

10 comments:

  1. hahaa..lawak dan ada teladan ni..

    aq jarang comment entry org..tapi yg ni mesti kena komen...

    cayalah..teruskan lawak camni.


    www.syoknyadownload.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. best la berita ni!!

    bgus2.. teruskan hidup adik rosman.. semoga adik rosman akan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.. heee :)

    ReplyDelete
  3. bez cter nie..lawak pun pun ade, pedoman pun ade..tgk tjuk pun memikat..:)

    ReplyDelete
  4. lol! minta2 la ank aku dijauhkn daripada penyakit sakit tua ni :P

    comel la adik rosman tu. nk knalan leh? hik3!

    ReplyDelete
  5. huhuuhu...semoga anak aku sihat2 hendak nya

    ReplyDelete
  6. Haha....best~kita tukar2 link ya.jemput ziarah blog saya nanti ya..blog kamu mmg superb

    ReplyDelete
  7. citer mmg teladan lol
    tp tgk muka bdk 2...c0mey!!

    ReplyDelete
  8. adehhh pandainye dia mengarang.. hehehe. lawak lawak

    ReplyDelete
  9. heran, heran..pkcik Gopal tu dh ade awek ke? kalo x de bole le aku nk ngorat sbb walaupun 'sparuh tiang' tp masih ade akal dari org yg ade akal tp cam org hilang akal..heran, heran..ish3X..

    ReplyDelete