Pages

Monday, March 29, 2010

Media | Sukan Permotoran




GOMBAK - Pemandu Perodua, Jusoh Button menguasai perlumbaan Formula 88 (F88) Grand Prix (GP) Pakistan bagi musim 8 berturut-turut.

Semalam, pemandu Perodua itu bijak menggunakan strategi yang tepat iaitu mencilok di selekoh maut sambil memberikan sepatah dua kata kepada lawannya untuk muncul juara di Litar Atas Bukit dengan catatan masa 1 jam 88:88.888 saat, sekali gus mengetepikan pencabar terdekatnya daripada Proton, Encik Ismail (1:88:88.889s).

Sebelum itu, Jusoh terlibat dengan kemalangan dengan pemandu Modenas, Encik Samad di selekoh pertama seawal pusingan pertama.

Namun dia berjaya bangkit mendahului pada pusingan ke-26.


"Sukar untuk saya mengawal jentera dengan baik kerana Encik Ismail memberikan saingan yang cukup sengit kerana dia acapkali menggunakan serangan psychology dengan berlumba sambil mengejek nama atuk saya namun saya membalasnya semula dengan beberapa ejekan kecil agar tidak membuatnya berasa kecil hati ," jelas jusoh dengan nada yang agak marah.

"Namun saya gembira kerana berjaya mengetepi,tengah,kanan dan belakangkan musuh saya itu sekaligus muncul juara!," tambahnya lagi dengan nada yang sudah tidak marah.

3 comments: