Pages

Tuesday, June 14, 2011

Monyet miang!



Utara - Polis telah mengesahkan monyet bernama Tony yang berkeliaran di barat laut utara Ohioyahoi telah menggaruk dua gadis muda sebelum berjaya ditangkap oleh pemiliknya, Chopper.

Polis yang bertugas mengatakan bahawa monyet noob itu berusia dalam lingkungan 6-tahun dan sebesar seekor kucing warga emas. Polis mendapat panggilan daripada mangsa garuk2 monyet tersebut kira2 pukul 2 pagi waktu petang khamis. Monyet tersebut telah dihadapkan ke muka pengadilan bersama tuan monyet sekali.

" Saya mahu mereka berdua dijatuhkan hukuman yang setimpal atas apa yang monyet tersebut lakukan terhadap kami! " kata Linlun, mangsa garuk monyet tersebut sambil menumbuk numbuk betis gebunya tanda protes.

" Walaupun seronok rasanya digaruk namun saya tetap ingin menyalahkan monyet tersebut dan ingin mengemukakan saman Rm2 juta kerana bagi saya duit lebih penting dari keseronakan digaruk " kata Linlon jujur dan bersahaja serta terpancar sinaran wajah mata duitan di mukanya iaitu mangsa kedua kerakusan monyet tersebut.

Kes tersebut yang diklifikasikikukanmu sebagai jenayah manja dibawah akta monyet berbahaya yang boleh membawa hukuman tidak boleh membela haiwan selama seminggu dan telah mengambil masa selama 3 tahun sebelum kes selesai dan ditutup setelah pihak hakim berpuas hati dengan keterangan monyet tersebut. Kedua gadis itu disalahkan 110% kerana berpakaian terlalu menjolok mata, hati dan paru2 serta boleh menyebabkan pendarahan hidung kepada sesiapa sahaja yang melihat mereka mahupun seekor monyet.

" Saya berasa lega kerana berjaya memenangi kes ini. Tak sanggup saya hadapi tekanan tidak dapat membela haiwan selama seminggu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu." kata Chopper sambil melompat keriangan bersama monyetnya. -Agensi

Monday, June 13, 2011

Belah Membeli




"Saya ingin membeli 8 iPad, tapi saya takde duit," kata Johnny (bukan nama sebenar) kepada Shenzhen TV di wilayah selatan Guangdong Kedondong, "Ketika saya melayari di internet saya terjumpa sebuah iklan tentang talian dengan agen mengatakan mereka mampu
membayar RMB20, 000 untuk membeli buah pinggang. Jadi saya dengan rakusnya pon buat keputusan untuk biarkan mereka belah organ saya agar dapat saya membeli nanti."

Trading organ online adalah amalan umum di China, walaupun usaha berulang-ulang oleh kerajaan China untuk membasmi amalan tersebut.

Johnny yang telah menderita komplikasi selepas pembedahan, kembali ke rumah tetapi tidak mampu untuk menyembunyikan rahsia apa yang telah dilakukan dari ibunya.

"Waktu anak saya balik rumah, saya dapati si mangkuk tersebut mempunyai 8 iPad baru. Jadi saya berasa sedikit jeles dan memintanya 1 namun dia kedekut " ibunya, dikenalpasti sebagai Miss Termos, berkata kepada stesen TV, " Aku berasa sedikit pelik pabila melihat dia balik rumah dengan gaya itik pulang petang. Akibat terlalu risau, aku memaksanya memberitahu kenapa dia jadi begitu namun dibuat derk bersahaja. " kata Miss Termoss dengan nada kecewa." Setelah aku stongkol kepalanya 3-4 kali barulah die berterus terang dan baru ku tahu apa pasal die ade begitu banyak wang dan dia akhirnya mengakui bahawa dia telah menjual salah satu ginjalnya. "

"Akibat daripada kejadian Belah Membeli tersebut, Johnny dikatakan hidup dalam kesakitan walaupun memiliki kekayaan sebanyak 8 iPad. Sekian, elakkan Belah Membeli didalam kehidupan seharian. " Miss Termos memberi sepatah 2 kata.



Tuesday, February 1, 2011

fakta yang perlu korang tahu pasal pemain bola sepak dan manager di luar negara

1. Pemain yang malas memikir nama sendiri = Jo -brazil





2.Pemain yang kuat membebel = Ryan Babel - Netherland





3. Pemain yang selalu gian dan gemar mencium asam = Gyan Asamoah - Ghana





4.Pemain yang selalu melakukan aksi lucah di tengah padang = Luca Toni - Italy





5.pemain bola sepak juga kawan baik batman = robin ho - Brazil





6. Pemain Bola sepak dan juga biola = Javier Saviola - Argentina





7. Pemain yang tak pernah miss bayar bil atau mana2 hutang = Adebayor - togo





8.Bekas Pengurus chelsea ini akan lari kehulu kehilir tanpa arah apabila chelsea mendapat score







9 .pemain yang suka makan lepat = Frank Lampard - England





10. pemain yang boleh bermain bola sepak dan ping-pong = razak pimpong - ghana







Wednesday, October 27, 2010

Pelancaran Kereta Terkini?

Samsul (bukan nama sebenar) merupakan model seksi yang yang telah berjaya membeliakkan mata pengunjung. Beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa golongan lelaki juga mampu menarik pengunjung dengan aksi yang cukup berahi.

The luckiest people compilation

Video yang memaparkan kenasib baikan yang terlampau.

Monday, October 25, 2010

Kesihatan

Bahaya makan burger terlalu besar


PARA doktor gigi di Taiwan telah menggesa rangkaian restoran makanan siap segera agar berhenti menyediakan burger-burger yang terlalu besar.

Ini berikutan bertambahnya kes mereka yang mengalami kecederaan di dagu yang dikaitkan dengan perihal memakan burger yang terlalu besar di negara itu.

Profesor Hsu Ming-lung dari Sekolah Pergigian Universiti Nasional Yang-Ming di Taiwan, menarik perhatian, beliau telah melihat ramai pesakit yang mengalami kecederaan dagu dan kesukaran membuka mulut selepas memakan burger yang besar.

'Masalah boleh timbul jika mereka makan burger yang lebih besar daripada lapan sentimeter,' katanya.

Mulut manusia dicipta untuk terbuka dan makan makanan yang paling besar sehingga empat sentimeter.

Jika ia terbuka lebih besar daripada itu, sendi mulut antara tulang dagu dan tulang temporal (tulang di tepi dan pangkal tengkorak) di hadapan telinga, boleh tercedera, kata Profesor Hsu.

Membuka mulut besar sewaktu makan juga boleh menyebabkan masalah sampingan seperti memudahkan kemasukan gajah lalat mahupun langau ke dalam rongga mulut yang boleh menyebabkan penyakit sakit hati terhadap lalat, sampuk Profesor Lalat .

Sunday, October 24, 2010

Konsert Param Band Live in Malaysia!


Param Band

SEJAK ditubuhkan pada tahun 2012 dan pernah mengadakan konsert jelajah di seluruh dunia, kumpulan pop-punk Param yang berasal dari India tenggara bahagian selatan berkunjung pula ke Malaysia.

Anggota Param yang terdiri daripada Param Meswara, Param Skeper (gitar), Param Pok (bass), Param But (drum) dan Param Jit Singh (vokal) mempunyai aura yang cukup besar buat peminat di Malaysia apabila mereka berjaya mengumpulkan hampir 10 orang peminat di padang tabika kemas Gombak.

Bertemu dengan Param Jit Singh dan Param Skeper pada sesi temu bual, ternyata kedua-dua mereka amat seronok berada di Malaysia untuk bertemu dengan peminat.

“Kami memang tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kerana diberitahu kami mempunyai lebih dari seorang peminat di Malaysia dan ianya memang terbukti dengan kedatangan yang memberansangkan iaitu seramai 10 orang!!.

“Apa yang kami suka ketika membuat persembahan di Malaysia adalah peminatnya yang amat menghormati kami apabila kami mengadakan persembahan.

“Misalnya, mereka akan senyap apabila Param Jit Singh sedang berbicara bersama mereka walaupun ada kemungkinan mereka senyap kerana tidak faham bahasa yang disampaikan Param Jit Singh namun saya tidak peduli semua itu asalkan mereka senyap dan akan menjerit serta menjadi penyanyi latar tanpa diminta. Mereka juga akan melompat dan menari tetapi dalam keadaan itik pulang petang,” ujar Param Skeper.

Sampuk Param Jit Singh, meskipun rutin hidup mereka semakin hari semakin padat dengan konsert jelajah, namun mereka bersyukur dengan populariti dan penerimaan peminat terhadap karya muzik Param.

“Walaupun penat, kami berpuas hati dapat menghiburkan peminat kami di Malaysia dan kami sendiri terhibur dengan apa yang telah kami hiburkan,” katanya.

Sedar kebanyakan peminat mereka terdiri daripada golongan Kanak2, Param Skeper mengatakan Band Param merupakan kumpulan gelek yang membawa imej bersih.

“Saya tahu jika sebut bintang gelek, pasti akan dikaitkan dengan Inul daratista, Amalina dan Aaron Aziz tetapi kami berbeza kerana kami sedar apa sahaja yang kami lakukan dilihat oleh peminat.

“Kami sering menerima surat daripada ibu bapa, guru-guru peminat dan peminat sendiri yang mengucapkan terima kasih kepada kami kerana muzik kami telah membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.


PEMINAT Param di Malaysia teruja dengan kemunculan sulung band pujaan mereka ini.


Secara keseluruhannya mereka mendendangkan 5 buah lagu termasuk Geli Mat, Geli Choi, Geli Hati, Gurly Gurl, dan Gelilah.